Archive for the ‘Malaysiaku Tercinta’ Category

Aku Bukan Warganegara Malaysia

June 14, 2008

===================================================

*AMARAN* Kalau kau tak memahami Perlembagaan Malaysia, jangan cetuskan sebarang spekulasi. Tulisan aku ini bebas dari sebarang unsur perkauman, dan tidak mengancam keselamatan negara.

===================================================

Akhirnya, habis juga kursus BTN. Aku gembira, kau pun gembira. Jom, sementara kau masih gembira, mari dengar apa aku nak cerita. Cerita kali ini, semuanya pasal BTN. Mula-mula, mari kita imbau kembali peristiwa seminggu di Kem Bumi Jati. Selepas itu, baru kita bicara kenapa AKU BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA.

Hari pertama

Perjalanan ke Kem Bumi Jati tiada masalah. Suasana dalam bas begitu sunyi. Semuanya tidur dan ada yang berdengkur. Pendaftaran kursus berjalan lancer tapi tiada kemesraan. Urusetia semuanya bermuka ketat. Taklimat kursus dibentang panjang lebar, kami semua hanya mampu bersabar.

Mujur, ceramah malam pertama begitu bermakna. Suara penceramah bagaikan halilintar, 2 jam lama terasa sebentar.

Hari kedua

Hari kedua sangat mencabar. Ada 3 ceramah yang panjang lebar, dan kami perlu bersabar. Aku teruja dengan ceramah pasal kerajaan dan kedaulatan negara, tapi ceramah pasal rakyat aku tak tau apa-apa. Huh, ceramah yang bosan langsung tak berkesan. Dan aku tidak terangsang. Penyampaian sangat statik, tiada apa yang fantastik. Akhirnya, aku mengantuk dan terus lentuk. Kau pun tidur juga, kan?

Hari ketiga dan keempat

Latihan dalam kumpulan (LDK) bermula. Semua permainan dan modul perbincangan berasaskan kenegaraan. Perbincangan jadi perdebatan, perbualan jadi perbahasan. Semuanya begitu hangat sekali. Fasilitator bijak memainkan peranan. Provokasi dilempar, spekulasi dicetus dan semangat kami semua mula meletus. Tak habis dalam LDK, dalam bilik disambung lagi. Semua orang bercakap bagaikan menteri. Cakap kali ini bukan sekadar merapu tapi beralaskan fakta, berpandukan perlembagaan negara.

Hari kelima

Rumusan, penyampaian sijil dan sesi bergambar. Itu sahaja.

Aku tamatkan realiti di Kem Bumi Jati setakat ini. Blog aku bukannya diari sehari-hari. Jom, mari masuk ke bahagian serius dan realiti yang sebenar. Sama-sama kita menghayati inti pati sebenar kursus BTN.

===================================================

*AMARAN* Kalau kau tak memahami Perlembagaan Malaysia, jangan cetuskan sebarang spekulasi. Tulisan aku ini bebas dari sebarang unsur perkauman, dan tidak mengancam keselamatan negara.

===================================================

Aku Bukan Warganegara Malaysia

Ya. Aku bukan warnanegara Malaysia, dan aku takkan sesekali mengaku. Aku Melayu, dan kalau kau juga Melayu cuba kau belek Perlembagaan Malaysia. Tidak tertulis dalam perlembagaan dan kau juga tak pernah diiktiraf sebagai warganegara Malaysia.

Warganegara itu khusus untuk orang Cina, India dan kaum-kaum lain yang menjadi sebahagian dari negara Malaysia. Kalau kau Melayu, kau bukan warganegara Malaysia. Tapi, MELAYU ADALAH TUAN PUNYA BUMI MALAYSIA.

Itulah yang tertulis dalam perlembagaan dan orang Melayu perlu jelas. Melayu adalah tuan punya Malaysia, fahamilah hak-hak kita sebagai tuan rumah. Tuan rumah tak boleh lemah. Boleh mengalah, tapi jangan kalah. Boleh bertoleransi, tapi jangan sampai dipijak kepala. Ini realiti, dan kau perlu mengerti. Gunakan hati, cuba kau hayati.

Kontrak Sosial, Kontrak Perpaduan

Kau suka bersosial, tapi pernahkan kau tahu apa itu Kontrak Sosial? Tak tahu tentang Kontrak Sosial adalah sesuatu yang sial. Betul-betul sial. Serius. Kalau kau tak memahami tentangnya, kau boleh membawa ancaman pada kedaulatan negara.

Kau semua, tak kira Melayu, Cina, India atau pun kaum-kaum lain. Kau semua perlu meneliti dan menghayati inti pati yang ada dalam Kontrak Sosial ini. Kontrak inilah yang mengikat cinta dan perpaduan sesama kita rakyat Malaysia. Ia adalah ikatan perpaduan antara kaum, bukan ikatan antara parti politik.

Kalau kau ingkar pada kontrak ini, kau memang mengundang celaka.

Undilah PAS, Pangkahlah UMNO

Ini pula pendirian politik aku. Undilah PAS, pangkahlah UMNO, sokonglah PKR dan bantulah DAP.

  • Aku akan undi PAS, kerana PAS memperjuangkan ISLAM.
  • Aku akan pangkah UMNO, kerana UMNO mempertahankan MELAYU.
  • Aku akan sokong PKR, kerana PKR mendokong keadilan.
  • Aku akan membantu DAP, kerana DAP mengamalkan DEMOKRASI.

Tapi, aku hanya boleh memilih satu parti sahaja. Jika memilih PAS, aku terpaksa korbankan UMNO. Oh, aku dalam dilema. Tapi, pilihan wajib dibuat.

Bagaimana pula dengan kau? Aku tak tahu pendirian kau, tapi kau juga perlu memilih. Ingat, tidak memilih bukan satu pilihan.

BTN (Betapa Terasa Nikmatnya)

BTN bagi aku penuh bermakna. Bukan propaganda kerajaan semata-mata. BTN sekadar membentangkan fakta, memberikan data. Yang membuat pilihan, adalah diri kita sendiri.

Apa erti BTN bagi kau? Apa kesan BTN bagi kau? Apa komen kau? Aku tau, kau ada sesuatu untuk dikongsikan bersama.

Realiti Kita Nyata Berbeza.

Bila BTN Menyeru, Aku Terpaksa Pergi

June 9, 2008

===================================================

Sekadar pengumuman. Tiada sesuatu pun yang mengghairahkan. Nak ghairah juga? Kau bacalah artikel-artikel aku yang sebelum ini. Aku jamin, kunjungan kau takkan sia-sia. ;)

===================================================

Minta maaf semua. Aku terpaksa berhenti berblog sebentar. Ada sesuatu yang tak dapat dielakkan.

Itulah, sedang seronok aku menulis blog tiba-tiba ada yang mengacau. Aku dan budak-budak JAD yang lain menerima seruan BTN (Biro Tata Negara).

Dengan notis yang lambat dikeluarkan, tambah lagi dengan pelbagai barangan leceh yang wajib dibeli, kami semua rasa begitu terbeban. Ini adalah sesuatu yang betul-betul menyusahkan.

Selama 5 hari ini (9 hingga 13 Jun), aku terpaksa putus hubungan sekejap dengan blog kesayangan ramai ini. Untuk tak mengecewakan kawan-kawan yang tetap datang bersantai ke blog ini, bacalah artikel di bawah. Mungkin ada kaitan dengan kursus BTN kami.

Update terbaru pasti muncul selepas perjuangan kami di BTN. Semoga panggilan BTN ini, sesuatu yang bermanfaat buat kami semua. Amin.

Realiti Kita Nyata Berbeza.

Aku Terangsang, “Benda” Itu Naik Mencanak

June 7, 2008

Bila aku ghairah dan terangsang, cuba kau bayang, apa yang aku akan buat?

Nafsu aku sedang membuak-buak, dan aku mula rasa tak tentu arah. Nafsu itu sedang menguasai diri aku. Sampai satu tahap, bila tidak dapat mengawal nafsu, aku akan meratah tubuh sesiapa sahaja. Tak kira punggung, dada, atau pun paha, semuanya aku baham.

Oh, itulah yang aku buat bila nafsu makan aku tak dapat dikawal. Dada ayam, paha ayam, punggung ayam, semuanya aku ratah. )

Itu sahaja tentang nafsu makan aku, nafsu-nafsu lain agak kritikal untuk dibincangkan.

Bagaimana? Kau dah teransang dan bernafsu dengan mukaddimah aku? Kalau kau sudah teransang, dan nafsu membaca kau sudak mencanak-canak, barulah kita mulakan topik yang sebenar. Satu topik yang amat mengghairahkan, satu topik yang akan membangkitkan nafsu kemarahan anda. Bersedia, sudah tiba masanya untuk satu topik yang amat serius dan kritikal.

Kenaikan Harga Minyak, Satu Bencana Dahsyat.

“Bodoh.”

Semua orang menyumpah-nyumpah bila Pak Lah mencarut-carut tentang kenaikan harga minyak.

“Harga petrol akan dinaikkan sebanyak 78 sen, dari RM1.92 kepada RM2.70. Manakala harga minyak diesel pula naik kepada RM2.58, naik RM1 berbanding harga sekarang sebanyak RM1.58 seliter.”

Satu carutan yang langsung tak boleh diterima. Satu carutan yang akan membawa malapetaka besar ke seluruh Malaysia. Berita ini tiada lain, hanya satu bencana dahsyat untuk kita semua.

Kau marah? Memang patut pun kau marah. Aku juga marah. Dia pun marah. Pak cik cleaner yang cuci tandas pun sedang marah. Dia mencuci tandas, sambil mencarut-carut marahkan kenaikan harga minyak.

Harga minyak dah naik, harga makanan sedang naik. Lepas ini, tarif elektrik pula akan naik. Segala-galanya akan naik selepas ini, naik mencanak-canak. Habis la kita semua.

  • Yang tak naik-naik, biasiswa budak-budak JAD.
  • Yang tak naik-naik, gaji mak-mak bapak kita.

Moral dan akhlak mereka jatuh merudum, lalu menjunam ke lembah rasuah, korupsi dan kronisme. Perbuatan mereka, keputusan mereka, membawa derita pada rakyat jelata. Tak kira kaya atau melata.

“Bodoh.”

Rakyat menyumpah-nyumpah lagi. Kemarahan mula membuak-buak. Dengar cerita, akan ada demonstrasi di KLCC. Kita tunggu dan lihat. Ada demonstrasi atau pun tidak, kita jangan terlibat, wahai pelajar-pelajar sekalian. Kita masih dirantai dengan Akta Universiti (AUKU).

Apa pilihan kita?

Kerajaan, makin hari makin berdusta. Rakyat, makin hari makin derita. Pelajar, makin hari makin berduka. Sekarang, apa pilihan kita?

Kerajaan kata:

“Ubah gaya hidup.”

Rakyat kata:

“Ubah kerajaan.”

Pelajar kata:

“Kami marah, tapi pasrah menyerah. Hanya pada Tuhan kami berserah.”

Ini pula kata aku:

“Apa yang kau tak puas hati? Cuba kau klik kat komen tu, tulis apa yang kau tak puas hati.”

Realiti Kita Nyata Berbeza.