Bila BTN Menyeru, Aku Terpaksa Pergi

By hairul

===================================================

Sekadar pengumuman. Tiada sesuatu pun yang mengghairahkan. Nak ghairah juga? Kau bacalah artikel-artikel aku yang sebelum ini. Aku jamin, kunjungan kau takkan sia-sia. ;)

===================================================

Minta maaf semua. Aku terpaksa berhenti berblog sebentar. Ada sesuatu yang tak dapat dielakkan.

Itulah, sedang seronok aku menulis blog tiba-tiba ada yang mengacau. Aku dan budak-budak JAD yang lain menerima seruan BTN (Biro Tata Negara).

Dengan notis yang lambat dikeluarkan, tambah lagi dengan pelbagai barangan leceh yang wajib dibeli, kami semua rasa begitu terbeban. Ini adalah sesuatu yang betul-betul menyusahkan.

Selama 5 hari ini (9 hingga 13 Jun), aku terpaksa putus hubungan sekejap dengan blog kesayangan ramai ini. Untuk tak mengecewakan kawan-kawan yang tetap datang bersantai ke blog ini, bacalah artikel di bawah. Mungkin ada kaitan dengan kursus BTN kami.

Update terbaru pasti muncul selepas perjuangan kami di BTN. Semoga panggilan BTN ini, sesuatu yang bermanfaat buat kami semua. Amin.

Realiti Kita Nyata Berbeza.

9 Responses to “Bila BTN Menyeru, Aku Terpaksa Pergi”

  1. ayie anawzaf Says:

    jgn aku jd brtmbah benci dgn kerajaan sdah…

  2. hex-everros Says:

    ima, kokoro junbi wo shiteru.

  3. Mohd Ismail Says:

    psst.. jangan terpengaruh dgn apa yg BTN buat nnt.. pura2 faham je.. tp dlm hati, biar tetap menentang.. ha ha ha ha

    =)

    selemat ber’BTN..

  4. miyn Says:

    waa, ko dpt biasiswa jepun ka?

    aku bca entry kat bawah tu, biasiswa ko 350 eh?

    okla tu, aku ni 100 ja..sadis!

    nway, gudlux! *i’ll link u*

  5. zaim Says:

    peja…ak dh balik BTN….tapi, sampai2 jek ak kt TBP ni, mak ak call, ak dapat lagi surat untuk panggilan PLKN….adoi…mengapakah ini terjadi????
    ARGGGGHHHHH!!!!!…
    ble lak mase nye ak nk tumpu untk jadi seorang engineer berjaya yang memajukan negara???…..ARRRGGGGGHHHH!!!!!

    hanya sekadar tempat meluahkan perasaan…sekarang urusan penagguhan sedang di uruskan…huuuuu….

    Ni Hairul balas:

    Adoi, kesian ko Zaim. Aku ada 2 rumusan tentang kes ko ni : ;)

    1) Ko tak cukup patriotik: Kursus BTN semata-mata, masih tak cukup. Haha…

    2) Ko terlebih patriotik: Diorang sayang ko lebih la Zaim. Diorang nak jadikan ko model remaja sekarang.

    Pilih mana yang betul. Tak pun, aku nak dengar rumusan ko sendiri. :)

  6. Capt Gazze Says:

    cane BTN?

  7. hijz Says:

    natsukashii na…. sempat lagi blajar mandarin time btn.

  8. Malaysia-and-student Says:

    BTN,merupakan langkah terdesak dan terakhir yang boleh diberikan oleh kerajaan agar memangkah Barisan Nasional.Saya sendiri telah menjejaki ke BTN pada tahun 2004 dan isinya agak berbeza.Isu perkauman kurang dimainkan.Isu Anwar Ibrahim ejen Yahudi juga tidak ditonjolkan.Tetapi,kenapakah setelah kalah teruk baru isu ini dimainkan?Harap anda mengkaji semula di Luar logik BTN..

  9. javier mascherano Says:

    haha.bagus la korang.blk btn terus ada semngat patriotik camni.jgn hangat2 taik ayam sudah la.

Leave a Reply