Aku Terangsang, “Benda” Itu Naik Mencanak

By hairul

Bila aku ghairah dan terangsang, cuba kau bayang, apa yang aku akan buat?

Nafsu aku sedang membuak-buak, dan aku mula rasa tak tentu arah. Nafsu itu sedang menguasai diri aku. Sampai satu tahap, bila tidak dapat mengawal nafsu, aku akan meratah tubuh sesiapa sahaja. Tak kira punggung, dada, atau pun paha, semuanya aku baham.

Oh, itulah yang aku buat bila nafsu makan aku tak dapat dikawal. Dada ayam, paha ayam, punggung ayam, semuanya aku ratah. )

Itu sahaja tentang nafsu makan aku, nafsu-nafsu lain agak kritikal untuk dibincangkan.

Bagaimana? Kau dah teransang dan bernafsu dengan mukaddimah aku? Kalau kau sudah teransang, dan nafsu membaca kau sudak mencanak-canak, barulah kita mulakan topik yang sebenar. Satu topik yang amat mengghairahkan, satu topik yang akan membangkitkan nafsu kemarahan anda. Bersedia, sudah tiba masanya untuk satu topik yang amat serius dan kritikal.

Kenaikan Harga Minyak, Satu Bencana Dahsyat.

“Bodoh.”

Semua orang menyumpah-nyumpah bila Pak Lah mencarut-carut tentang kenaikan harga minyak.

“Harga petrol akan dinaikkan sebanyak 78 sen, dari RM1.92 kepada RM2.70. Manakala harga minyak diesel pula naik kepada RM2.58, naik RM1 berbanding harga sekarang sebanyak RM1.58 seliter.”

Satu carutan yang langsung tak boleh diterima. Satu carutan yang akan membawa malapetaka besar ke seluruh Malaysia. Berita ini tiada lain, hanya satu bencana dahsyat untuk kita semua.

Kau marah? Memang patut pun kau marah. Aku juga marah. Dia pun marah. Pak cik cleaner yang cuci tandas pun sedang marah. Dia mencuci tandas, sambil mencarut-carut marahkan kenaikan harga minyak.

Harga minyak dah naik, harga makanan sedang naik. Lepas ini, tarif elektrik pula akan naik. Segala-galanya akan naik selepas ini, naik mencanak-canak. Habis la kita semua.

  • Yang tak naik-naik, biasiswa budak-budak JAD.
  • Yang tak naik-naik, gaji mak-mak bapak kita.

Moral dan akhlak mereka jatuh merudum, lalu menjunam ke lembah rasuah, korupsi dan kronisme. Perbuatan mereka, keputusan mereka, membawa derita pada rakyat jelata. Tak kira kaya atau melata.

“Bodoh.”

Rakyat menyumpah-nyumpah lagi. Kemarahan mula membuak-buak. Dengar cerita, akan ada demonstrasi di KLCC. Kita tunggu dan lihat. Ada demonstrasi atau pun tidak, kita jangan terlibat, wahai pelajar-pelajar sekalian. Kita masih dirantai dengan Akta Universiti (AUKU).

Apa pilihan kita?

Kerajaan, makin hari makin berdusta. Rakyat, makin hari makin derita. Pelajar, makin hari makin berduka. Sekarang, apa pilihan kita?

Kerajaan kata:

“Ubah gaya hidup.”

Rakyat kata:

“Ubah kerajaan.”

Pelajar kata:

“Kami marah, tapi pasrah menyerah. Hanya pada Tuhan kami berserah.”

Ini pula kata aku:

“Apa yang kau tak puas hati? Cuba kau klik kat komen tu, tulis apa yang kau tak puas hati.”

Realiti Kita Nyata Berbeza.

60 Responses to “Aku Terangsang, “Benda” Itu Naik Mencanak”

  1. zaim Says:

    Tengok apa sudah jadi…apa kita nak buat sekarang???

    bagi golongan biasa…
    termenung mengenang nasib….
    memprotes kt depan KLCC….
    mencatu makanan dan bekalan kehidupan yang lain….
    mencatu pembelajaran anak di sekolah….
    menghadkan aktiviti pelancongan sekeluarga….
    mengehadkan penggunaan kenderaan….
    mengehadkan pembelanjaan isteri membeli barang dapur di rumah…
    menambahkan kesempitan dalam KTM komuter dan benda yang setara dengannya….

    bagi golongan sarjana,
    ahli ekonomi berfikir cara terbaik mengatasi inflasi dan disebarkan kepada orang ramai agar tertutup salah kerajaan…
    pakar2 psikologi mula bertindak untuk menenangkan orang ramai dari melakukan sebarang protes terhadap kerajaan…
    engineer2 mula berfikir tentang cara penggunaan tenaga yang paling efisien dan tidak membazir seperti yang di saran kerajaan…
    saintis2 mula meneroka bentuk2 tenaga yang baru menggantikan minyak yg semakin mahal seperti yang digariskan oleh kerajaan….
    ahli2 ekologi menasihatkan agar penggunaan petrol di kurangkan agar alam sekitar terjaga untuk menjadi bukti bahawa petrol itu tidak bagus sepertimana yang disarankan kerajaan….
    ahli2 geologi akan mengkaji bekalan minyak yang tinggal dalam kerak bumi yang menyebabkan harga bekalan naik seperimana dakwa kerajaan…
    artis2 turut diberi mandat untuk menenangkan hati rakyat dari terus marah kepada kerajaan…

    sedangkan mereka…….
    masih dapat memandu BMW M5 yang terlalu kuat penggunaan minyak nya…
    masih berbelanja mengikut kehendaknya dengan meneruskan projek2 mega koridor2 nya….
    masih menggunakan kelas pertama untuk pergi ke luar negara atas alasan kerja….
    masih memberi subsidi kepada syarikat2 berkaitan dengan nya dengan duet yang masuk dalam poket mereka…

    aku pula???
    tersekat hajatku nk berbini dua……kos dh naik…..Uwaaaaaaaaa!!!!!!! :-(

    Ni Hairul balas:

    Haha….kesian ko zaim. Bini sorang pun cukup le. Nanti ekonomi dah stabil, boleh la tambah :)

    Aku tambah komen ko sikit ek.

    Dan budak-budak JAD pulak, sibuk bertanya. “Bilalah biasiswa ni nak naik?”

  2. jerou88 Says:

    ye benar kate mu wahai boss ku zaim
    minyak naik,makanan naik,tarif letrik pon naik…wah2 sngguh enak mereka menaikkan sesuatu dgn sesuke hati n ngan senang gak la mereka menaikkan kemarahan rakyat…
    tp nk marah tak tentu hala..ak pon x bape nk tahu masalah dlmn negara..dgr kate time mahathir dlu bnyk berhutang…so nk topup balik, paklah wat r mende ni sume…tp d samping itu gak..beliau ngan berbangga nye memperkenalkan bermacam2 koridor ag..wah2..bknkah mende ni memerlukan pengorbann wang yg besr gak?..
    malahan, ngan adenye kj si poyo itu makin parah d rasekan kerajaan sekarang…ngan muke tersengih2 mcam ape ntah…senang2 je naik jd pemuda umno…pegang jawatan besar dalam fam…ish2 ape ke jadah sume ni…
    sekarang org ramai makin kecewa, marah n geram ngan para pentadbir negara yg d lihat semakin tidak waras dalam mengendalikan urusan negara d samping menghbiskan duit rakyat…tp selalunye kite plak d tuduh menghbiskan duit rakyat jika kite melakukan sesuatu yg mereka tidak suke…em pandai sngguh org2 besar sekarang menuduh kite yg bkn2.. sedangkan menetapkan sesuatu keputusan d saat2 terakhir..sedangkan kite ngan harapan membunga menghrapkan perkara itu dapat d persetujui kerana sume persiapan da d atur….senang2 plak mengatakan “this is my word” xde sape yg bleh bantah…wah2..enak sngguh berkata2…
    sesungguhnye mereka harus menyedari rintihan hati rakyat jika mahu sekali ag menghbiskan wit rakyat…tp jgn ingt rakyat boleh d perbodohkan ngan sandiwara mereka…

    Ni Hairul balas:

    Jerou, ko marah, aku pun marah. Kita semua sedang marah. Kita sesekali takkan tertipu dengan sandiwara mereka. Takkan sesekali. Kuasa di tangan rakyat. Kita akan hentikan sandiwara mereka, dengan sekeping kertas undi.

    Hancurlah kekejaman, hapuslah penindasan, tegaklah Islam, bersinarlah harapan. Insya ALLAH.

  3. eD Says:

    bekalan minyak kat msia blh tahan 5-7 tahun lg.so kalau kerajaan simpan duit yg diorang dapat skarang ni dgn potong subsidi dan simpan utk dana pembangunan negara 10-15 tahun akan datang mgkin bende ni logik.tp siapa nk pk camtu?pembelanjaan negara x pernah transparen.masalah2..

    xyah bising2 harga minyak naik jadi rm2.70.patutnye anggap je harga minyak yg kita beli skarang ni sama ngan harga minyak dunia.yg pakai kereta patutnye letak mindset awal2,harga minyak skang harga dunia.rm2.70 ni sekejap je.x lama lg confirm akan jadi sama ngan harga dunia.

    harga minyak naik sibuk nk protes.x paham aku.kalau kita buat protes pn bkn ada effect.kerajaan dh tau awal2 rakyat akan marah.kite buat protes pn buat letih diri sendiri je.btl x?

    Ni Hairul balas:

    eD yang dikasihi. Realiti kita nyata berbeza. Kau hanyut dalam realiti kau sendiri, dan kami yang lain-lain, mungkin hanyut dalam realiti kami.

    Tapi, komen kau ini, memang sesuatu yang berbeza. Aku menghargai perbezaan ini, kerana ianya sesuatu yang menarik untuk difahami.

    Tapi, terus terang aku katakan, AKU TAK SETUJU DENGAN KAU. Dan ramai lagi yang agak susah untuk setuju. Itu sahaja perbezaan kita. Aku amat hargai komen kau ini. Komen ini membawa kami pada satu realiti yang baru, untuk difahami.

    “Realiti kita nyata berbeza.” ;)

  4. nadiah Says:

    should be “aku teranGsang” isn’t it? mu tertinngal satu G.

    Ni Hairul balas:

    Ok oooo………..tertinggal la pulops…. hehe :)
    Arigatou, nadiah san.

  5. nadiah Says:

    *tertinggal

  6. zulhelmi Says:

    kepada saudara eD yang dikasihi,
    sebagai seorang yang dianugerahkan oleh Allah untuk berfikir, kita seharusnya menggunakan anugerah itu sebaik-baiknya. Menang tidak dinafikan bahawa protes boleh dianggap suatu yang liar. Tapi kita terpaksa gunakan cara ini untuk menyuarakan perasaan kita kepada kerajaan. 1 perkara lagi, nilai sebenar minyak dunia. Memang benar, harga RM2.70 yang kita NIKMATI sekarang adalah jauh lebih murah dari harga dinegara-negara lain. Sebagai contoh, 1 liter minyak di US berharga RM5. Ini bermakna harga yang kita KECAPI sekarang adalah 2/3 daripada harga pasaran antarabangsa. NAMUN, kita juga mesti ingat bahawa pendapatan berkapita rakyat Malaysia adalah 1/3 daripada pendapatan rakyat amerika. Cuba kita kira;
    Gaji rakyat Malaysia; RM 2000
    Gaji rakyat Amerika; RM 2000 darab 3 = RM6000

    Peratus gaji yang digunakan untuk membeli 100 liter minyak;
    Rakyat Malaysia; (270/2000) darab 100 = 13.5%
    Rakyat Amerika; (500/6000) darab 100 = 8.33%
    Adakah sudah CLEAR sekarang???
    Seiring dengan kenaikan harga minyak, harga barang-barang lain juga akan turut naik. Fikir-fikir kan…

    Ni Hairul balas:

    Gila…..terkejut aku mendengar fakta ni. Serius, kenaikan harga minyak ini, memang sesuatu yang gila. Maaf, aku agak emosional. Tapi, inilah realitinya. Ini memang satu malapetaka, satu bencana yang dahsyat.

  7. kerk Says:

    peja oh peja,,tajuk anda sumenye berbaur lucah ye
    12 Julai 2008,,jom pakat rmai2 trun KLCC,,kte PROTESSSS!!!!

    Ni Hairul balas:

    Polis kata JANGAN

  8. boy Says:

    haha..cite yg menarik..aku pon x puas ati gak..
    tapi aku lagi x puas ati kalo elaun x nai..
    so harap2 mpp ley la beruseha ntuk naikkan elaun kitorg k..

    Ni Hairul balas:

    Kita dapat sabar je la sekarang ni, boy. Semua orang pun tak puas hati. Adoiiiii

  9. senpai? Says:

    12julai? asal lambat sgt? heheh…

    Ni Hairul balas:

    Ala, korang semua ada kat Jepun masa tu. Tak dapat join….huhu

    Polis kata JANGAN.

  10. zaim Says:

    aku setuju dgn pndapat Zul…
    kalau benar kerajaan ingn menjimatkan subsidi yang di beri untuk pembangunan, kenapa masih terdapatnya projek2 yang sia2 dgn mengambil duet yang diperoleh dari sumber pendapatan negara??
    ad btolnya kerajaan ingn save duet tersebut untuk buat pembangunan…tapi…marilah kita amik tahu perkara yang sebenar…
    kalo nk save…kenapa masih wat koridor yang memakan modal berbilion2 ringgit??lepas itu, bnyk projek tertangguh, dan menyebabkan modal yang diperlukan untuk membina nya naik berlipat kali ganda??
    mengapa masih lagi diadakan program2 yang jelas tidak memberi manfaat kepada rakyat sebagai contoh, Monsoon cup dan lain2…stkt nk rkyt tgk je bek xpayah…org tmpatan pun bukan boleh berniaga kat kawasan 2, kroni2 die punye gak yang untung….
    kalo btol die nk save, kenapa dibiarkan kadar inflasi di malaysia naik sehingga beberapa kali ganda lebih tinggi jika dibandingkan dengan kepimpinan sebelumnya??tau x bila kdar inflasi naik, terus akan menyebabkan kuasa beli rakyat malaysia akan jadi rendah….mengakibatkan, harga pasaran bukan nye di sebabkan oleh permintaan pelanggan, tapi akan dikawal sepenuhnya oleh pengilang dan pemborong…

    aku bkn xamik kisah hrga minyk dunia naik, n kite memg ptot pon naikkan hrga mnyak…tapi dgn kenaikan yang membuta tuli, sehingga 41% sedangkan takuk pendapatan rakyat masih lagi sama, akan menyebabkan limpahan dari segi kadar inflasi, dan seterusnya menyebabkan golongan berpendapatan sederhana akan bertukar takrifnya kepada golongan berpendapatan rendah, golongan berpendapatan rendah pula akan bertukar takrifnya kepada golongan miskin, golongan miskin akan bertukar tarafnya menjadi seorang yang papa dan begitulah seterusnya sehingga ada yang tdak akan langsung mampu untuk membeli makanan walau untuk diri nya sendiri…

    ingat lah, urusan pentadbiran, kuasa yang diberikan, adalah amanah Allah, dan untuk mentadbir dan mengurus bumi dan makhluk2 yang ada di dalamnya…amankan lah bumi Allah ini, berlakulah adil dalam satu2 perkara…letaklah yang hak itu sebagai yang hak, yang batil jgn diterima…kezaliman terhadap rakyat mu adalah kezaliman terhadap dirimu sendiri….

    harta bumi ini amanah Allah, bertuah kita perolehi bumi yang kaya dengan sumber semulajadi…dan yang paling penting, ingatlah, dunia ini sementara…sudah sememangnya jelas dunia ini sudah hampir sampai ke penghujungnya….

    fikirkanlah…

    Ni Hairul balas:

    Aku setuju dengan ko dan zul. Korang leh jadi menteri ni….hehe
    Hapuskan korupsi, kronisme, rasuah dan segal-galanya yang kotor itu.

  11. Capt Gazze Says:

    Peralihan kepimpinan perlu dilakukan segera demi kesejahteraan rakyat. Pemimpin cekap dapat membantu rakyat manakala pemimpin yang gagal, menindas rakyat.

    “Undilah aku calon Ketua Pemuda UMNO nanti ye. Lagi 15 tahun ke. Baru daftar jadi Pemuda UMNO ni”

    Ni Hairul balas:

    Ok je Capt Gazze. Oh, lama tu nak tunggu 15 tahun. Segala-galanya mungkin berlaku dalam tempoh tu. Aku doakan ko berjaya, walau ko berada di awan biru sekalipun. :)

  12. aneyEE Says:

    err..ak pun mrh gak even i’m juz a student.program len da nek lame dah sjak belanjawan 2008 (dak2 UTP under MARA RM600,dak2 sunway college under MARA dah mencecah RM700,dak medik under MARA UitTM pun da nek tp xsure la brape,tp yg penting sume naik,dak2 JPA lg la byk nek.

    kita??JAD??

    kite xde kuasa ke nk suh nekkn..xnmpk cm “cacing kepanasan”pun korang ni..dpn2 org YPM sumenye lembikje lidah..isk2,bodek ke ape..cube la bangkang secara xformal dgn keluhan ke,rungutan ke,aduan ke…
    bukan xbersyukur..tp skrg zmn da brubah.hrga mknn dan brg2 serta pakaian dh nek..xkn nk hrpkn parents kite kot..

    mule gardenia nek 20sen hr tu da kecoh,pastu da nareta plk makin hr.nek txai bt3 mtk RM4 pun da bebel2 alsan myk nek pdhal dorang ade gak yg gune gas…amek ksmpatan tol la…

    degr cite RAPID KL x??

    haa…

    nt rapid KL dgr khabar da nk ubah tiket.RM1.tp sekali nek je..xleh gune byk kali da dlm sehari as before..huk2.. ;( ak taw ni pun sb dgr scara rhsia pbualan driver rapid KL sesame dorang..klo xwt cmtu dfr kate dorang akn bankrup..sian dorang…nk b’khidmat kt kite tp sbb hrga myk d anek…xleh da nk b’khidmat spt biase..hua hua hua..

    bile cite psl myk da naek..korang kn..klo gune or tumpang or pnjam kete sape2..be sensitive la utk sumbangkn hrga myk..sian dorang..huhu

    igt wei korang…”msti tegas ng YPM” yg kite need extra <>

    NEED EXTRA MONEY..
    NEED….
    *jgn ikut arus je ng harga mknn n brg2 dapur..cube btindak secara kelayakan kuasa yg ad pd students..

    …hoho..

    Ni Hairul balas:

    Hehe…berkobar-kobat semangat aneyEE mengomen :)

    “bile cite psl myk da naek..korang kn..klo gune or tumpang or pnjam kete sape2..be sensitive la utk sumbangkn hrga myk..sian dorang..huhu”

    Ni la yang kita semua, budak-budak JAD kena ambil berat sikit. ;)

  13. aiman amdan Says:

    satu je komen ak

    POLIS KATA JANGAN……

    Ni Hairul balas:

    Pendek je man kali ni….. ;)
    Pendek tapi berisi, mantap dan tegas. JANGANNNNNNNNNNNNNN.

  14. totoro Says:

    minyak .. minyak …
    kenaikan harga minyak merosakkan segala2 nye …
    xleh la nak ponteng ceramah ari khamis nak g tgk wayang lg …
    xleh la nak bejalan seperti dlu lagi …
    g unisel pn naik bus je la nampak nye…
    klu dlu 50rggt kre nak penoh tong la jgk ..tp loni…huhhuhuu..
    separoh pn xsampai … mcm mana la nak hdp…
    blm kre klu kantoi kete plak … mmg miskin tros .. .
    nampak nye … blajo je la aku lepas nie … huhu…

    Ni Hairul balas:

    Sama-sama la kita study lepas ni. Exam pun dah dekat ni.

  15. YB Yus Says:

    harga minyak naik ????
    hahaha

    kalau aku jadi toukei kedai runcit TBP tu,
    “harga barang kedai aku mahal..korang boleh buat apa??”
    “korang nak memberontak sukatikorang la….janji aku dpt duit”
    nak tak nak kena beli jugak….

    http://youtube.com/watch?v=wS_MT8e1864

    tepuk dada tanya selera….salah sapa ni ???

    Ni Hairul balas:

    Nasib baik dia tak baca blog ni, kalau tak mampos ko….hoho

  16. YB Yus Says:

    hari sejuk2 ni nafsu aku membuak2..aku pun x tahu kenapa…
    betul la ckp peja ni… “benda” tu naik mencanak ”

    hahahahahah

    Ni Hairul balas:

    Aku isytiharkan komen ini sebagai komen yang lucah. ;)

  17. jaejOOng Says:

    nak kate hal minyak naik ni, aku xdela terasa sgt sbb xde kereta sndri.
    tp kesian la kt parents aku n kawan2. to tell the truth, i still depend on my parents money. susah nk hidup kalau bergantung dgn biasiswa jad yg utk makan pun x ckp. [aku makan byk..huhu] kita pun kena berjimat2 gak, lbh2 lg nk fly ni, tkt x ckp duit kt nihon.
    at least, anyone tlgla minta ypm naikkn scholar. ONEGAI!

    Ni Hairul balas:

    Huhu…..Aku pun makan banyak gak. Tapi, tetap slim menawan ;)

  18. syeikh Says:

    saudara penulis……
    intro saudara berjaya menaikkan emosi saya selaku seorang pembaca…
    minyak…satu topik yg agak panas dan menjadi perbualan harian masa kini.
    saya walaupun masih lagi belum mempunyai kenderaan tetapi sudah terkena dengan tempias kenaikkan harga minyak contohnya ketika menumpang kereta rakan,kutipan untuk membayar harga minyak semakin naik.
    tetapi kita perlu memikirkan satu jalan penyelesaian yg berkesan.adakah dengan menukar kerajaan yg baru dapat menyelesaikannya?saya pun tidak tahu..satu caranya ialah dengan mengurangkan pengunaan minyak petrol kita seharian dan juga mencipta kereta tanpa gunakan minyak.kita sebagai bakal jurutera patut memikirkannya dari sudut kejuruteraan.so…sama2 kita cipta kereta baru…no more gasoline..

    Ni Hairul balas:

    Wah, hebat. Pemikiran seorang jurutera yang berjaya. Yeah……….no more gasolin. Semoga berjaya syeikh.

  19. alifah Says:

    hmm…byk jgk fakta2 yg mengejutkan lepas baca komen2 korg ni…

    ni petikan drpd komen cik aney;
    “kite xde kuasa ke nk suh nekkn..xnmpk cm “cacing kepanasan”pun korang ni..dpn2 org YPM sumenye lembikje lidah..isk2,bodek ke ape..cube la bangkang secara xformal dgn keluhan ke,rungutan ke,aduan ke…”

    sbg bekas wakil korg sume, aku nak ckp la sk8.bukan la ktorg xpenah ckp dpn2 dgn staf YPM mintak naikkan scholr,dah puas..bukan ktorg nk membodek atau menggodek, tp slaluny ble ditanya pasal masalah ni sume akn ckp sabar,sabar dan seterusny, sabar..ktorg yg dah naik malas dah nak ckp.sama seperti masalah boley bwk fridge ke tak, boley masak ke tak..kalo ckp kat warden, warden suro ckp kat hep.ckp kat hep, hep ckp nnt diorg akn ckp kat ma’am dan ktorg TIDAK DIBENARKAN utk bercakap terus dgn PUAN NORMAWATI MAHAT. ma’am pun xpernah nak jumpa kite tny masalah stdnt “kesayangan” dia ni..g tny senpai yg kat jepon tu boley plak.

    satu perkara yg aku dgr scr x langsung, act cik nor tgh buat paper work utk naikkan biasiswa kte kpd around RM 400. tp masalah keluarga telah menimpa cik nor iaitu mak cik nor disahkan menghidap kanser paru-paru(kalau aku x silap dgr)..so, cik nor pon jarang2 ade kat ofis skg ni n paper work yg dia tgh buat tu myb tgendala buat smntara waktu.so, doa2kan la agar mak cik nor sembuh dan cik nor dpt menyambung paper work utk kenaikan biasiswa kte dgn tenang..AMIN…

    p/s: aku x setuju ngn en. ed

    (^_^)V

    Ni Hairul balas:

    Oh, aku terpaku membaca komen ko ni. Begitu besar jasa korang sebagai mpp kepada kami selama ini. ;)
    Arigatou.

    Kita ni student kesayangan ke? huhu………..sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan, sayangkan student JAD, naik-naikkan biasiswa. Best tak?

    p/s: aku pun x setuju ngn en. ed

  20. zaim Says:

    aku xau la nape ak tros terpanggil untuk menulis…bagaikan tajuk hari ini begitu hangat hanya kerana “benda” 2 yang naik mencanak…sebelum kita menghangatkan lagi isu “benda” yang semakin naik mencanak ini, aku nk tny…kalo kita hangatkan makin mencanak ke kita sejokkan makin mencanak???haaaa…..jawab2….

    Ni Hairul balas:

    Hoho…..ni ko kena tanya pakar sakit tuan, Dr. Ismail Thambi. Tapi, aku try jawab gak.
    (Sila baca dengan pemikiran yang suci ek)

    “Benda” tu kan, tak kisah la, panas ke, sejuk ke, kalau nafsu dah membuak-buak tiba-tiba je boleh mencanak selagi ada rangsangan. Kita hangatkan, atau sejukkan, dia tetap mencanak. Analogikanlah sendiri dengan krisis harga minyak sekarang ni. Isu harga minyak ini, akan terus mencanak sampai la perubahan berlaku.

    Apa perubahan itu? Kita tunggu dan lihat.

  21. eD Says:

    maybe kerajaan save duit utk dana 10-20 thn akan dtg masa minyak negara dah habis? jgn fikir skrg, fikir 10-20 thn akan dtg. tu sbb aku kata, xyah protes, buang masa. kalau kerajaan dh buat keputusan nk simpan duit tu sbg aset negara akan datang, tu perkara betul dan perlu disokong. dan kalau x sokong pn, protes blh buat ape? keputusan dah diambik, tindakan dah dibuat, keputusan dh buat xleh tarik balik. although i highly doubt that the money will go directly to the bank. most of it will go under the table, i think.

    Ni Hairul balas:

    Masih lagi berfikir…………

    Keputusan dah dibuat.Kalau protes pun tak kau buang masa. Mari, aku analisis realiti kau.
    Aku rasa kau rasa begitu kerana seorang yang cintakan kedamaian, tak mahu kecoh-kecoh. Bagus, aku suka kau. Tapi, kau juga mungkin seorang yang dayus. Maaf, aku tak tau istilah yang lebih lembut dan sesuai. Kau dayus kerana merelakan perbuatan itu begitu sahaja. Kau ada kuasa, undi di tangan kau, dan protes itu juga salah satu cara.

    Protes buang masa? Aku tak setuju. Protes itu proses. Kalau kau tak mulakan protes, takkan ada proses ke arah kebaikan.

    Kau juga tak yakin, kan? Yang duit itu akan masuk ke dana yang betul. So, kau senyap-senyap je la, tak payah protes. Buang masa. Duit tu tetap akan masuk ke poket mereka-mereka yang korup. Yang menderita, kau juga, bakal keluarga kau. Fikir la, 10-20 tahun ke hadapan.

    Jangan bila kau dah tak larat, tak mampu lagi nak memprotes, kau mula menyesal. Oh, aku tak suruh kau pergi protes dengan join demonstrasi. Banyak lagi cara lain, kan?

  22. zaim Says:

    nmpknya ad 1 penambah baikan di situ…yaa…kte yakin dana tersebut disimpan…yaaa…memag btol…saya sangat “yakin” yang kerajaan tengah simpan duet keuntungan Petronas untuk anak cucu kita pada masa depan…wah berkeyakinan tinggi saya ni…sbb 2 la kerajaan cadang supaya sumber perbelanjaan Petronas kepada parlimen agar rakyat lebih “yakin” yang duet 2 sdg di”simpan”… :-)

    ingt…zaman pemerintahan dulu…pernah naik 3sen…tapi bila rkyat bantah..menteri bertggjwb tron kan balik.. :-) kena bukak buku sejarah nie…
    :-)

  23. zaim Says:

    “sbb 2 la kerajaan cadang supaya sumber perbelanjaan Petronas kepada parlimen agar rakyat lebih “yakin” yang duet 2 sdg di”simpan”

    silap taip…ghairah sangat…perbelanjaan petronas tidak dibentang di parlimen….hahhaha

    gomen2.. :-)

  24. eD Says:

    satu lagi. xkan bila bekalan minyak negara dah habis, baru kerajaan nk ikut harga minyak dunia? sedar aa. bekalan minyak negara makin sikit, rakyat berlumba2 nk pakai kereta. kalau tunggu bila bekalan minyak dunia habis, kerajaan tiba2 naikkan harga minyak dari rm1.92 jadri rm5 seliter mau terkencing darah, mati sakit jantung, terjun bangunan la rakyat2 malaysia ni. aku pun x setuju harga minyak naik. jgn salah faham. tapi fikir dari segi positif

  25. umar Says:

    ja,jiji ni..kawe pun raso nk maroh loni..bukei apo,kawe pkai muto abe kawe,pehe2 la miyk muto tu.scholar doh la xnaik..nk bli bju g btn pun xleh ni…

    Ni Hairul balas:

    Lagu tu la nasib kito. Sedih sungguh, pedih sekali, mendidih darah ini.

  26. zaim Says:

    hahaha…tau pon…ko ingt nek RM 2.70 ni sket??? 2 la mksod ak dr awal…nek kan la sket2..pndapatan kne naikkan dulu….taraf hidup tinggi kan..kemudahan untuk menghadapi krisis minyak 2 didahulukan, bukannya koridor sane,koridor sni,kapal selam la,kapal layar la, masjid kristal la,masjid kerikil la.bukan 2 yg didahulukan…kita ad syrikat minyk means kita ad kemampuan nk bg subsidi kepada rakyat selaras dengan pendapatan mereka… :-) ..kte kne ingt 2…2 bru btol…tp bgos…berfikir secara positif.. :-)

  27. hairul Says:

    Panas………..makin panasssssssssssssssss

    Hangat……….kini sudah hangittttttttttttttttt

    Jom, simbahkan lagi minyak yang dah naik harga tu, pada api perbahasan ini.

    Sorakkan emosi. Yeahhhhhhhhhhhhhh

  28. umar Says:

    assalamualaikum kepade saudare hairul dan rakan2 sekalian.. tajuk yg dibincangkan oleh saudare pada kali ini agak berat juge walaupun saye telah tertipu pade awalan cerite ini.. setelah membace akan komen2 yang telah diberikan oleh rakan2 seperjuangan, saye tertarik akan komen yg diberikan oleh saudare eD yang nampaknye telah menggunakan akal fikirannye yang ‘bernas’ dalam memikirkan masalah minyak ini tanpe mengetahui akan disebalik semua ini.. melalui idea yg dilontarkan oleh saudare eD, saye percaye saudare eD adalah seorg pembace setia utusan melayu dan juga penonton setia rtm yang telah bertapak sejak sekian lame.. namun disini, pernahkah saudare eD memikirkan kesan kenaikan minyak ini kepada rakyat jelate.. mungkin saudare eD adalah dari golongan yg berada yg tidak memikirkan sangat akan kesan kenaikan harge minyak dan juge harge barang.. syabas kerane saudare eD telah sampai ke tahap itu yg saye pasti memerlukan usahe yg berterusan.. kerana bukan mudah utk seseorg utk menjadi kaye raye.. dan dikesempatan ini juge, saye ingin bertanye kepade saudare eD.. adakah saudare eD ini adalah menantu kepade pak lah sehinggakan saudare eD begitu mengetahui akn perancangan kerajaan dan juge begitu yakin yang dana negare ini xkan disentuh walau satu sen pun oleh pihak yang bertanggungjawab.. jike benar, syabas juge kepade saudare kerane telah berjaye memikat anak pak lah yang saye percaye memerlukan perancangan yang rapi dan teliti.. kepade saudare ed, biarlah kami terkencing darah, mati sakit jantung, ataupun mati kerana terjun dari bangunan sekalipun apabile harge minyak melambung naik dalam tempoh 5-7 tahun akan datang (iaitu tempoh bekalan minyak negare ini akan habis mengikut perkiraan saudare yg saye pasti saudare ini amat arif akan perkembangan semasa) daripade rakyat malaysia terkencing darah, mati sakit jantung, ataupun mati kerana terjun dari bangunan dalam tempoh mase sekarang ini .. ini kerana, dalam tempoh 5-7 tahun itu, sempat utk seseorang melakukan amal ibadat utk menjamin bekalan akhirat yg kukuh.. sempat utk rakyat malaysia meggunakan duit minyak itu utk bersedekah kepada anak yatim dan fakir miskin.. dan siape tahu sempat juge para saintis yang berpendidikan tinggi yang saye yakin setaraf saudare memikirkan care utk menggantikan tenage baru selain penggunaan petroleum yang saye yakin dimane akan menghalang rakyat malaysia daripada terkencing darah, mati sakit jantung, ataupun mati kerana terjun dari bangunan.. akhir kate daripade saye, terima kasih kepade saudare eD kerane selalu berfikiran positif terhadap kerajaan dimana saye mengharapkan fikiran positif saudare mampu merangsang bape mentua saudare(jikalau betul) utk berfikiran positif seperti saudare.. sekian sahaje daripade saye.. mintak maaf kerane pendek sedikit komen ini disebabkan ade masalah yang belum lagi dapat diselesaikan.. wassalam.. tidak dilupekan kate2 keramat akhir daripade saye, saye suke peja..

    Ni Hairul balas:

    Aku kelu nak berkata, bisu nak berbicara. Ayat terakhirmu, begitu berbisa, buat aku sasau. Aku kini terangsang…hehe

    “saye suke peja..”

  29. ieyna Says:

    abes la ktorang harga mnyk naek kt msia..pasni tket kpl terbang pon harge naek.xblik msia la ktorg.hoho

    Ni Hairul balas:

    Balik Malaysia nanti, jangan lupa wat balik basikal. Kita kayuh je basikal. :)

  30. Mohd Ismail Says:

    aku takleh nk kata apa da pasal petrol ni.. pedih2 hati.. marah2 hati pun.. nak luahkan siapa mahu dgr.. kalau ade pun, mmg xleh nk turun da..

    kene ubah diri sendiri la gamaknya ni.. =)

    Ni Hairul balas:

    Ye, kita semua berkongsi rasa yang sama. Pedih, sedih, dan mendidih. Nak luah kat kerajaan, diorang tak endah, nak luah kat Pak Lah takde faedah.

  31. zulhelmi Says:

    sahabat yang sangat disayangi,
    ingin saya menambah sedikit lagi kira-kira yang telah saya bentangkan pada komen terdahulu. Mungkin kerana melalui proses mengira, kira dapat melihat dengan lebih terbuka dan clear.
    Yang pertama, perlu diingat bahawa negara kita adalah antara negara pengeluar minyak dunia. Dengan kata lain, negara kita juga mendapat pulangan daripada kenaikan harga minyak dunia.
    Yang kedua, saya bukan lah seorang yang belajar ekonomi ataupun akauntan petronas. Segala apa yang saya tulis disini adalah berdasarkan bahan rujukan yang diperolihi daripada bekas pemimpin Malaysia dan saya cuma menganalisis maklumat yang diperolihi untuk mengetahui situasi yang kita hadapi sekarang.
    Mari kita mulakan kira-kira.
    Pengeluaran minyak oleh Malaysia adalah kira-kira 650,000 tong sehari. Daripada jumlah tersebut, 400,000 adalah untuk penggunaan dalam negara manakala selebihnya dieksport.
    Bilangan tong minyak dieksport; 650,000-400,000= 250,000 tong.
    Harga jualan bagi tong minyak adalah USD130.
    Daripada jumlah tersebut, keuntungan daripada jualan 1 tong minyak adalah kira-kira USD100.
    Ini bermaksud kos memproses 1 tong minyak adalah kira-kira USD30 sahaja.
    Untung yang diperolehi daripada hasil eksport minyak dalam masa 1 hari; 250,000 darab 100= USD 25,000,000.
    Kos pemprosesan minyak untuk pengeluaran dalam negara; 400,000 darab 30 = 12,000,000.
    Ini bermaksud, dengan tidak mengambil keuntungan bagi jualan minyak dalam negara, petronas masih boleh mendapat USD 13 JUTA untuk 1 hari!!
    Tapi kira naik lemak lah jika petronas langsung tidak mengambil untung bagi jualan dalam negara. Nak untung boleh, tapi jangan lah keterlaluan.
    Perlu diingat bahawa kenaikan harga minyak akan memangkin kepada penigkatan kadar inflasi negara. Dengan kenaikan harga minyak, segala barang-barang lain jga akan meningkat harganya. Secara langsung akan, menurunkan nilai matawang negara serta kuasa beli dan rakyat akan merasai kesannya. Pergolakan ekonomi yang berlaku ini juga akan menjejaskan kepercayaan pelaburan negara luar terus melabur dalam negara ini. Ini memandangkan kos pemprosesan yang kian meningkat berikutan peningkatan tarif elektrik kesan daripada kenaikan harga minyak. Selain itu, berikutan penurunan kuasa beli rakyat Malaysia, pelabur luar akan kurang berminat untuk melabur kerana barang yang dijual tidak akan mampu dibeli oleh rakyat Malaysia.
    Rasanya sampai di sini saja komen yang saya ingin keutarakan. Maafkan saya jika terdapat kesilapan kerana saya bukannya orang yang arif tentang ekonomi. Tambahan pula lemah dalam matematik.
    Sekian

    Ni Hairul balas:

    Hebat, hebat. Tu baru je kira pakai rumus biasa-biasa jah. Belum guna rumus-rumus tahap dewa lagi. Dan hasil dia, amat mengejutkan. Kalau Zul yang lemah matematik ni (zul sendiri yang kata) boleh kira sampai macam ni, pak-pak menteri yang jaga ekonomi negara ni tak tau ke? Tekan je la kalkulator wei.

    Kata boleh berdusta, tapi fakta tak menipu.

  32. roys Says:

    tgk tjuk mmg leh wt nafsu terangsang,tp bile bace cite 2,kemarahan lak yg membuak-buak…cmni jela,pe kate pasni kite sume jdk je cm org jpun,nek beskal g ktm,then nek tren nk g memane…kalo nk g unisel nek beskal pun leh je kan,juz kite kena bgn pg seawal kul 5 lak la pasni..tp bg org yg biase bgn awl cm ak ni,sume 2 x jdk masalah…hahahahahahahha

    Ni Hairul balas:

    Adoiiiiiiiiiiiiiiiiiii

    Ko ni ada bakat nak jadi menteri la, cakap bohong je keje ko. ;)

    Tapi letih la nak naik basikal. Lembik lutut la semua budak-budak ni.

  33. meeeeeeeeeeenie Says:

    Kelucahan otak mu hairuru digunakan kearah yg baik, syabas. Ehe…

    Hujah2 dr saudara zaim, zul, umar, hairul serta rakan2 lain teramat mantapp, sansei suru koto shika dekinai ne :D walaupun ada juga suara ketidakpuashatian terhadap ketidakpuashatian rakan2, namun nampaknya perdebatan yg hebat mampu menjana & membuka minda rakan2 lain yg hanya mmpu membaca…

    Tahniah…

    Ni Hairul balas:

    “Kelucahan otak mu hairuru digunakan kearah yg baik” Sassuga, watashi kara sa ;)

  34. ayie anawzaf Says:

    rancangan british utk mnubuhkan malayan union d tanah melayu dtumbangkan dgn protes bsar-bsaran oleh rakyat dan pmimpin2 d sluruh negara pd mse 2…

    adakah tndakan mmprotes msih dianggap mmbuang mse sdgkan buktinya tlah jelas dgn mmprotes, sesuatu yg kta inginkan akan kite perolehi..

    seorang knak2 yg inginkn sesuatu dr mak bapak die, tp mak bapak die x kasi..ape yg diorg wat? nangis..n nangis gak salah 1 cara utk mmprotes.
    aku bkn nk tmbulkan isu memanjakan anak kcil or smthing like that, aku juz nk ckp kdg2 kite kene brtndak d luar jangkaan utk mncapai sesuatu espcially hak kite..

    keadilan adalah hak kite semua n kite ptut melakukan sesuatu utk perthankan hak kite walaupon kite trpaksa brhempas pulas nk dptkan 2..

    aku xnak mention mne2 nme, tp aku mmg x stuju dgn pndpat sorg komentar kt atas nih..
    mmg bgus utk bersikap positif, tp positif kene la pd tptnye..bkn sume mende kite boley trime dgn positif. sbg cth, khairy j(bkn nme sbenar) telah dgn rakus mkn mbe die punye mkanan (stok sbulan) kt dlm peti ais smpi abes, ble kantoi, xkan kite nk kate “owh..xpelah die nk mkn smpai abes..rilek la..aku brlapar xpe..” pas2 wat2 x nmpak jek ble die kejekan stok next month lak..
    cm2 ke reaksi kite?
    kalo aku, aku akan marah..

    http://www.chedet.com/2008/06/oil-price.html

    kat atas ni komen bekas pmimpin bsar negara yg byk berjasa yg skg ni kt tv n paper heboh dok ngutuk die..korg pk2 la..

    secara jjurnye, mak bapak aku org krajaan, mmg diorg sgt2 setia kt umno 2 dulu, kini dan selamanya..tp sjak kes minyak nek nih diorg senyap x mmpu berkata ape2 sbb aku rse diorg trkejut dan kecewa dgn tndakan kerajaan yg ‘SGT PRIHATIN” dgn nasib rakyat..so kalo diorg yg sgt setia dgn kerajaan 2 leh rse cm2, aku yg lahir2 da nmpak keburukan kerajaan ni agak2nye cmne yek..?

    Ni Hairul balas:

    Yeahhhhhhhhhhhhh.

    Jom PROTES.

  35. ayie anawzaf Says:

    ni luahan seorang rakyat malaysia yg merdeka

    http://malaysiakini.com/letters/84073

    bce kalo byk mase

  36. zaim Says:

    sambil menonton perlawanan antara Portugal dan Turkey aku menulis…

    Alhamdulillah…aku bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana aku dapat melihat betapa matangnya pemikiran rakan-rakan ku dalam membincangkan topik hangat kita pada hari ini…syukur Alhamdulillah…xmengapalah walaupun adanya perbezaan pendapat, ada yang menyokong usaha murni kerajaan ini dan tdk kurang hebatnya golongan yang menentang…sememangnya seperti yang dinyatakan kt tajuk blog ni…”Realiti Kita Nyata Berbeza”…
    Kematangan kita berfikir itu lah yang penting, masing2 mampu menggunakan pengalaman, menganalisis data2 yang ada, dan menyatakan nya dalam bentuk tulisan ini adalah begitu baik sekali… :-)
    aku bangga memiliki rakan2 seperti korg semua…korang berdiri dgn pendirian sendiri, mampu mempertahan hujah sendiri, dan mampu untuk menyatakan sebab dan alasan korg melakukan sesuatu…aku betul2 berbangga dan terangsang… :-)

    tahniah juga aku ucapkan kepd saudara Hairul yang mempunyai visi jelas dalam isu ini, iaitu untuk menyediakan para pelajar JAD ke arah persiapan menghadapi kursus BTN yg bakal ditempuhi nanti…tapi ingt, jgn melenting…fikirkan apa yg terbaik dulu…ambil lah jalan tengah… :-)
    Masing-masing mempunyai pemikiran yang unik, yang kita perlu beri perhatian terhadpnya…ingt apa yang kita dh belajar, tatemae 2 penting…
    teruskan usaha terhadpa impian mu…kita ke jepun bersama2 dengan pelbagai buah fikiran masing2 n bila balik, marilah satukan buah fikiran tersebut, untuk memajukan lagi negara kita ini… :-)
    maafkan daku sekiranya ada terkasar kata..kepada saudara eD, saya memuji buah fikiran anda yang lain dari yang lain…
    Sekian…Wassalam..

    Ni Hairul balas:

    Lor, ingatkan ko nak ulas pasal bola tadi….huhu

  37. hairul Says:

    Bahang kehangatan masih terasa. Betul-betul panas dan merimaskan.

    MANTAP. Korang semua memang mantap.

    Sapa-sapa lagi yang tak puas hati, tak setuju, nak protes atau tak, korang semua dialu-alukan.

  38. abdfatah Says:

    malas aaaa nak beli petrol…. nak beli nasi bungkus aaaa…

  39. abdfatah Says:

    nasik minyak lagi best jugak kan kan kan kan… jual nasik minyak pulak laaa lagi best aaaaaa…

    Ni Hairul balas:

    Jual nasi minyak? Mesti nak kena jual mahal-mahal ni

  40. aneyEE Says:

    ak stuju cket ng en ed. tp..btul ke kerajaan b’fkir scara begitu??kalo betul,kerajaan betul2 ikhlas sygkan rakyat…btul2 “penyayang”..xpyhla nt smpaikan sumbangkan wang kt org miskin berkira2 ng latar blkg negeri.cth: 2 neg Kelantan and neg.9.mst rakyat neg.9 dulu dpt.taw2 la kan neg.9 n kelantan bwh parti ape kn??

    sume ni kes parti,bkn kes ikhlas ke ape ke.or X SENGAJA.ADE KE X SENGAg JA AGK2NYE??

    ak byk la dgr2 cite ni mmndgkan ade la ahli kuage aku yg dpt jd DO.so byk taw mslh negeri klate n phk kerajaan.tp xleh bgtaw.hal negeri.huk2

    jap..ak xrase kerajaan pk cmtu sbb byk sgt kezaliman yg dibuat kt rkyat.lepas satu-satu,dtg yg len plak.smpaikn kalo kerajaan da insaf pun,kitorang x caye gak.sbb hati ni dah keras da..da xleh caye da..sumpah.susah nk caye ape en.ed ckp.

    aku pun penat gk nk caye ng jnji2 kerajaan.apatah lg nk caya ng kenyataan en.ed tu?klo btul cmtu,kerajaan da tawkn yg rkyat akn mrh,np x bgtaw awl2 plan dorang nk save myk 10-15 thn lg tu?x kan la IKHLAS sgt smpai xleh bgtaw plan kot…

    korang yg bkn d neg klantan,xtaw ape kezaliman yg kami rasai..

    cek duit yg dtg dr Jabatan PM pun smpai kt klantan lg 1hari nk expired date cek tu.x ke zalim tu?mtk ape2 msti lmbt.bile da blaku kes xsmpt nk g tukar cek tu.pastu mtk balik duit tu ng kerajaan.dorang akn jwb

    “hari tu duit da bg.xkn da habis kot.org2 bsr neg klantan la tu gune”

    can u see dat??fitnah semata2.saje je nk tgu saat cmtu sbb nk “fitnah” camtu.

    org2 klantan yg bleh bgn sdiri ng kerjaya besar,business yg mjadi xpela..alhmdulillah..xb’gntung sgt kt kerajaan nk duit..tp kne la jgk pk utk org len..kay?jgn marah penyokong kerajaan tp ak xtaw ape reason korang sokong mereka..huhu.maaf beb!xnmpk ape2 pun kebaikan..

    Ni Hairul balas:

    Aku anak Kelantan. Aku bangga jadi anak Kelantan. Kelate comey sokmo ;)
    Dan kita semua, tetap anak Malaysia.

  41. abdul karim Says:

    harap saudara hairul bangkit untuk mengelakkan dari perbincangan kita jadi lebih beremosi…

  42. eD Says:

    waa. dh byk tukang komen. haha. bukan dayus tapi tu hakikatnye. proses? sebelum ni dh brape kali rakyat buat demonstrasi jalanan? apa hasilnya? tak dapat apa2 pn. kene pukul ngan polis pn ada. kerajaan dah tau rakyat akan marah, they expected it. tapi dgn demonstrasi boleh buat apa? nk protes, dengan undi. tu je satu2nye cara nk protes. tp tunggu aa tahun 2012 nanti.

    jgn banding dengan zaman dulu kerajaan blh afford nk tarik balik decision. skarang ssh. rakyat dh berilmu. tarik balik keputusan bermakna mengakui kelemahan. ego akan menghalang diorang tarik balik keputusan. nak2 dengan keadaan kerajaan yg sedia ada x disukai rakyat sekarang ni.

    masalah bkn harga minyak. it’ll become rm5 per litre soon enough. xyah bising2. masalah dengan korupsi kerajaan. rasuah dan ketidak bertanggungjawaban orang2 atasan. paling penting belanjawan duit kerajaan dapat dari petronas patutnye ditransparensikan. (rosak bahasa melayu di situ) tukar pucuk pimpinan lebih penting daripada turunkan harga minyak.

    hiniku : letak mindset awal2 harga minyak rm5. so bila skarang kite beli minyak blh kata “waaa murahnya minyak kat malaysia!!”. heh

  43. ayie anawzaf Says:

    kalu aku seorg jutawan mcm menteri2 2, aku x kisah minyak seliter rm10 ke..tp aku nih hanyalah rakyat berpendpatan rm350 sbulan.
    bkn kate aku beli minyak tiap2 ari, tp kesian r kat org miskin kt kg 2…bkn sume org byk duit mcm pak lah n menantu die 2..

  44. hairul Says:

    Terima Kasih untuk sokongan semua.

    PANAS.

    Komen-komen korang semua betul-betul memanaskan suasana. Bukan sahaja suasana, orang-orang tertentu juga sudah panas.

    AKU PUN PANAS.

    Sorakkan emosi dengan hati-hati.

    HANGATKAN LAGI SUASANA. Yeah………….

  45. ayie anawzaf Says:

    agaknya sbb ni la negara kite djajah beratus ratus tahun:

    “sbb da kene jajah, kite ttapkan mindset dlm kpale hotak kite ni yg kite akan selamanya djajah..tok sah ssah2 nk pk nk buat protes ke rndingan ke..kite akan selamanya djajah..”

    agaknya kalo sume org tanah melayu pk cm2, skg ni kite merdeka ke x???

  46. nadiah Says:

    has this turned into forum thread?

    Ni Hairul balas:

    Inilah kemeriahan sebuah blog. Hidup blog pada sokongan pembaca, nyawa blog pada komen pembaca. ;)

  47. S Says:

    ape yg ak dapat katakan ialah kita harus bangun,bangkit menyelesaikan masalah ini..kalo kte pandai bercakap tp tanpa tindakan yg diambil x ada gunanye..bab kata pepatah ‘bagai mencurah air ke daun keladi’..xde gunanye..sia2 saje..so wahai pemuda-pemudi harapan bangsa sekali,bangunlah,bangkitlah kita semua untuk memperbetulkan ape yg x btol..skrg ini seluruh dunia,bkn sahaja malaysia telah mengalami pelbagai kenaikan harga barang bkn sahaja minyak tp juga makanan..siapa yang bersalah??..pandailah kita sendiri memikirkan nye..kita x boleh menyalahkan satu pihak sahaja kerana yg terlibat kepada punca masalah ini adalah semua pihak…so bangunlah wahai pemuda-pemudi harapan bangsa MALAYSIA sekalia!!!!!!!!!!

    Ni Hairul balas:

    Ayuh, bangkit kita semua. Bangkitlah wahai pemuda-pemudi harapan bangsa.

  48. kamil Says:

    bereh peja…
    meme mantap ah blog mu neh
    mu wat ah sokmo..
    aku spport dari blake..
    slap2 ari bule bleh wat busines neh
    hahaha
    rezeki Allah jah hok tahu

    Ni Hairul balas:

    Terima kasih banyak-banyak kamil. Demo memang terbaik. Kawe takkan lupakan demo ;)

  49. surz Says:

    minyak naek ke x naek ke, still kne bli jgak minyak…..-_-”

    peja!!!aku dah komen dah!!!

    Ni Hairul balas:

    Hahaha…….surz!!! aku dah baca komen ko!!! :)

  50. mr....p....w... Says:

    hehe,nmpknye en. surz pn dpakse beri komen gak nmpknye
    minyak naik bkn salah kerajaan;
    rakyat malaysia manja;

    sekian time kaseh
    peja!!!aku dah komen dah!!!

    Ni Hairul balas:

    Hahaha…….mr….p….w…!!! aku dah baca komen ko!!! :)

  51. mr....p....w... Says:

    jual la kereta…naek bas!

  52. zaim Says:

    bgos la peja….ak sayang ko lebey la… :-)

    Ni Hairul balas:

    Aku pun sayang ko lebey la zaim…..mmmuahhhhhhhhhh :)

  53. mr....p....w... Says:

    oh ye…harga pasarn minyak USA dconsiderkn murah oleh komuniti dunia.
    nk harga standard tgk minyak GB..

  54. tita Says:

    adduuhh…nmpknye terpakse jgk lah bg komen ni..
    ni sume gare2 mr..p..w.. siap lu!
    ak nk komen sket je psl harge minyak ni..
    ak setuju gak lah ngan mr..p..w.. ckp rakyat msia manje..
    sbb klu diikutkan minyak kt negara kte still plg murah..
    tp klu dh ajr rkyt dgn sbsidi ni sppttnye kerajaan kne pk lah psl kenaikan harge ni..
    lgpn kte jual minyak gak.. petronas 2.. dah byk sgt ambik untung.. negare kte jgk yg byr gaji plg sket kt pekerja (utk cmpany minyak mcm petronas lah) compare dgn esso dan yg sewaktu dgnnye.. hehe.. so skarang kte kne lah berjimat cermat… naik public transport je la jwbnye.. huhu

  55. mr....p....w... Says:

    pasal demo dan protes tu ak rase tu satu care yg ptt sah utk remindkn kerajaan ttg people power..goverment should be scared of the people,nt the other way around..kene pkul ngan polis?dh kate berjuang kn,x saket x sah le..

  56. fareast Says:

    aku pun tidak puas hati juga, semua tegok la mengapakah apabila kita membicarakan tentang pembaziran, kita hanya terbayang orang-orang bawahan di kampung ataupun bandar. Jika kita ingin meminta supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir, maka bermulalah daripada atas. Bukan sekadar untuk mengenakan si miskin yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi. Mengapa kita hanya terbayang rakyat yang berada dalam rumah persendirian dan berbelanja dengan wang poketnya yang sudah lelah? Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana, kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri? Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh ‘orang biasa’. Apakah patut pada saat yang sebegini, ada istana atau kediaman rasmi menteri yang hendak ditambahmewahkan? Apakah patut orang-orang besar ini diraikan dengan hiburan atau pertunjukan dan konsert yang menelan puluhan ribu ringgit sempena sesuatu kunjungan mereka? Wang itu, wang negara. Wang itu, wang rakyat. Apakah dalam masa yang sebegini mereka masih mendapat peruntukan untuk bersantai, bermain golf dan ‘berhiburan’ dengan menggunakan wang rakyat bawahan yang disuruh menjimatkan nasi lemak dan air kopi mereka? Pembaziran sebegini lebih rapat menjadi saudara syaitan dibanding wang persendirian yang dibelanjakan.

  57. fareast Says:

    kalo biasiswa naik sikit pun ok gak. lagi satu mmg btl la sepatutnya pemimpin tgk gak, rasa penderitaan org bawah, diorg bukan tahu apa rasa minyak naik, semua diorg dah di support, minyak dan lain2 lagi dgn duit rakyat. ish… geram gak aku dgn semua ni. Bila la kesengsaraan ini akan berakhir.

  58. hex-everros Says:

    well. psl harge minyak ni. kte ade 2 choice. ade sebelah tu kate, harga akan naik lagi kalo miyak setong jadi, 200 dolar. yg sebelah lain kata, kalo kami memerintah, minyak tetap akan turun. so, bg ak, ak pilh pilhan ke-2 sbb ak dh nmpk yg ape dibuat oleh sebelah satu lg kat selangor ni. tashikani, yg sebelah pertama tu kata, “yg sebelah lg satu ckp je lebih, x logic, xpernah dibuat orang”. tp, kite patut je percaya. begitu juga dlm islam, kite xpernah tgk syurga n neraka, tp, kte wat amal kerana kite percaya Allah kata ade.

    so, bersama2 lh kte tggu bulan 9 ni……. sementara tu, sabar jela

  59. kita Says:

    wahhh…banyak tajuk ko mengancam untuk orang terus membaca

  60. ika Says:

    minyak naik tapi biasiswa mara tak naik huhuh…nak balik kampung camne nih.. (mujur org nak bagi jek ni) XD

Leave a Reply